Thursday, July 8, 2010

Perkahwinan Zura & Norhisham

Assalammualaikum kaum keluarga semua

Agak lama, laman keluarga ini dahagakan ruang aktiviti dan infomasi dari semua,

Terkini,
Tahniah kepada Zura dan suaminya Norhisham dimajlis perkahwinan mereka di BOTA pada 05-06-2010 hari Sabtu yang lepas.

Keceriaan dan kemeriahan terpancar di majlis perkahwinan mereka dipaparkan dengan coretan dan warna warni gambar2 dibawah

Majlis Persandingan di Bota 05-06-2010 (Sabtu)



Majlis Persandingan di Alor Setar 12-06-2010 (Sabtu)



Kami doakan semoga Zura dan suami Norhisham berbahagia sehingga ke akhir hayat, dirahmati ALLAH , dimurahkan rezeki anak2 yang soleh dan solehah dan rezeki kewangan yg tak disangkakan serta dimudahkan semua urusan AMIN

Wassalam

Wednesday, June 10, 2009

Tahniah Erry dan Waheeda

Assalaammualaikum

Tersebut la kesah,....

Tanggal 29/05/2009 hari Jumaat malam sabtu jam 10:20pm selesailah akad nikah Zahrul Anuar dan Siti Waheeda di Surau Taman Temara IPOH dan bergelar suami isteri.

Dengan sekali lafaz Erry yang berbaju putih baldu bersongkok dengan brouce hehehhe tersenyum sampai ketelinga dan Waheeda yg duduk tersimpul malu, rasa nak nangis pun ada, memancaarkan wajah ceria yg amat sangat.

Maklum la tok kadi dan saksi2 bersetuju dengan lafaz dari erry,.

Malam tu kena balik ke Bota, tak leh tido lagi di rumah isteri esoknya ok kot heheheh

Anyway tahniah buat Erry dan Waheeda
Tunggu koleksi gambar menarik dari mereka

Wassalam

Saturday, February 28, 2009

Shopping di jakarta dan bandung

Salam semua, ama nak share gambar2 shopping mama, bapak, mak nyah and achik sepanjang di sini. First day, sampai di Airport Bandara Soekarno hatta pukul 4pm, kemudian kami terus pulang ke rumah ama di Tg Duren Jakbar. Jalan jam teruk, so sampai rumah dekat2 pukul 6pm. Tak dapat nak share semua...

Di taman Mini Indonesia, Jakarta


Shopping di mangga 2 Jakarta, gambar kat tanah abang dan pasar baru bandung tak sempat nak ambil.....

Di Restoran Kampung Daun Bandung


Tunggu ada lagi

Sekian buat masa ni

Akma

Friday, February 27, 2009

Kemas kini gambar

Assalammualaikum

Tiba la masa nya, kerjasama dari semua keluarga yang ada mengambil gambar semua acara secara candid ke or berramai ke semasa hari keluarga kita di Nur Raihan,

kalu boleh update kepada saya dengan mail ke e-mail saya

mmaizals@yahoo.com

Sudah lamer gambar dibawah tak update

Terima kasih

Monday, January 26, 2009

Hari Keluarga - Generasi Tuk Alang Zahari

Assalammualaikum

Setelah berbulan Cucu Tuk, Si Nor and the family merancang satu penemuan terhebat dan bersejarah, Kami semua anak2, cucu dan cicit Tuk Alang Zahari bersatu di NUR RIHAN, Pangsun,Hulu Langsat Selangor

Bermula Dari 25-26/01/2009 sempena Cuti Tahun Baru China

Kolam renang yg istimewa bakal dipenuhi dengan cicit,cucu dan anak Tuk,
Banglo Dr Hj Yusuf, memang besar dan luas didalamnya TERIMA KASIH kepada Dr Hj Yusuf dan keluarga kerana membenar kami menggunakan kemudahan yang disediakan.

Hari Pertama

Team memancing kita
Agaknya yang diluangkan oleh si Azam,
" Ada berjam-jam kitorang memancing satu tak sangkut lagi apa la pun tutt ari ni"

Team memancing kita sedang bersungguh memasang pancing mereka
Alamak saper ni oooooo si Abg Harun kita, hampir kenai la,..
Alamak!!! cowboy Bota ni macam kenai,. tu dia Pak Nya kita,...
Acara menyampai pakaian sukan petang nanti
Wakil keluarga Aizal
Wakil Keluarga Y li
Keluarga Abg Salleh

Keluarga Abg Harun
Wakil Yop Amy
Keluarga Azam
Keluarga Cu Ya, yaaaahoooo dapat tiket percutian,..

Pengerusi Majlis, Nor and Sarah menerangkan cara nak dapat hadiah banyak

AJK Keselamatan dan kebersihan, "Jangan lupa basuh tangan sebelum makan tau !!!1"

Opssss mak oii!!! mata kail aku tersangkut kat pokok tolonggggg!!!!

Hi abg!! main wau ke memancing

Wah!!! Tahniah si Wan kita, berjaya menangkap ikan, ikan aper tu Wan " emmm tak sure lagi kena tanya Abg Salleh"

Ahaahhh!! "saper nak tip dari aku,.. kacang ajer memancing ni"
Wah!!1Y Jah sedang menyediakan resipi masak tempoyak ikan yg akan ditangkap oleh team memancing, fuhhh sedap tu tempoyan tulen dari BOTA mari

hehehehehe si Iqbal bersedia nak buat kuak lentang terpantas, on your mark!!!!! alamak mana member yg lain ni,... emmm

Pertandingan lumba berenang sambil menyelam

Aku ni nak berenang ke main air ajer, emmmmm mana satu yea,

Mana ayah ni,.. cepat la Hafia tak sabar ni

Ayah cepat la,.. Husna dah lama tunggu nak main air,.. ayah niiiiiii cepat la
Malam - Acara Karaoke
Juri-juri yang dilantik, bukan main semangat lagi mereka
Diselangseli dengan acara penyampaian Hadiah acara dikolam renang
Peserta acara kolam renang kita yg tak sabar utk mengetahui saper yg JAGUH

Tu dia, Tok Y li sedang menyampaikan hadiah pemenang

Keputusan = Safiah dari keluarga Salleh menjuarai Nafas paling lama di dalam air TAHNIAH!!

Sambungan
Peserta karaoke kita
ALamak gambar agak gelap, kamera low profit
Si Azam kita

Ya Nisa

Ustaz

Si Aizal

Si Cu YA

Juara karaoke family day 2008
Yop kita,... Yop emmy Tahniah!!!!
Hari kedua
Ibu2 berkaraoke la pulak,
Aaawahhhh!! cak pong cak pong!! dua tiga kucing meow sebab lapar,......

Bermandi manda di kolam renang
Kita jumpa tahun depan, di mana, ya jawatankuasa induk akan putuskan
Setakat ni sahaja, semoga semua berbahagia
TQ